Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Akta Hasutan Bakal Diganti...

SUNGAI BESAR - Akta Hasutan 1948, jika dimansuhkan, bakal digantikan dengan satu akta...

Penjawat Awam Sabah Terima...

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada...

SpiceJet India Muncul Pembeli...

KUALA LUMPUR - Boeing dan SpiceJet hari ini mengumumkan komitmen tempahan sehingga 205...

Sesi Sekolah Tangguh Hingga...

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan akan ditangguhkan sehingga negara benar-benar pulih daripada wabak...

MARA Perkenal SPiKE 2.0 Perkasakan Skim Sedia Ada

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperkenalkan Skim Pinjaman Kontraktor Ekpress 2.0 (SPiKE 2.0) bagi memperkasakan skim sedia ada.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata skim yang dikhaskan kepada kontraktor bumiputera kelas F itu mula diperkenal pada 2011 dengan dana sebanyak RM250 juta.

Katanya bagi SPiKE 2.0, kerajaan menyuntik dana tambahan sebanyak RM100 juta.

“Pembiayaan ini merangkumi kemudahan pembiayaan kontrak daripada kerajaan termasuk agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Had pembiayaan adalah dari RM250,000 ke atas sehingga maksimum RM1 juta bagi setiap pinjaman,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pegawai MARA Daerah SeMalaysia 2016, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad.

Menurut Ismail Sabri, skim itu sebelum ini telah membiayai kira-kira 30,000 kontraktor bumiputera seluruh negara.


“Dengan kadar bunga bagi bayaran balik sebanyak enam peratus, skim itu menyasarkan pemberian pinjaman kepada 5,000 kontraktor bumiputera setahun,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata MARA mewujudkan Program Rantaian Nilai Industri (PRiN) bagi menambah baik Program Kemudahan Pengeluaran dan Perintian, Inkubator Teknologi Perkilangan dan Program Inkubator Teknologi Tinggi.

Katanya antara kemudahan yang disediakan menerusi PRiN adalah pembelian stok, perolehan mesin dan peralatan serta menaik taraf premis termasuk ruang kilang.

“Had pembiayaan skim ini adalah RM500,000 untuk syarikat pemilikan tunggal/perkongsian manakala RM5 juta bagi syarikat sendirian berhad,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori