Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Peninggalan Sejarah Melaka Legasi...

MELAKA - Peninggalan sejarah Melaka merupakan legasi luar biasa yang mencerminkan kegemilangan negeri...

Operasi Cari Kru Kapal...

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kru USS John S...

15 Haiwan Pelik Berwajah...

SPESIS haiwan di dunia ini terlalu banyak dan semakin berkembang oleh kerana pembiakan...

“Saya Juga Jadi Mangsa...

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkata...

Doktor Maut Selepas Selfie Dengan Gajah

SOLO – Seorang doktor haiwan maut dipijak seekor gajah selepas merakamkan gambar selfie dengan haiwan berkenaan di sebuah pusat perlindungan yang juga destinasi pelancongan popular, di sini, semalam.

Octavia Warahapsari, 25, maut di lokasi kejadian selepas diserang seekor gajah jantan Sumatera yang dirawatnya di pusat perlindungan Gajah Mungkur.

Seorang pegawai pelancongan Wonogiri, Senthot Sujarwoko berkata, Octavia bersama tiga gembala gajah memberi makan dan memandikan satu pasangan gajah yang baru dipindahkan ke pusat itu pada April lalu.

Katanya, mereka kemudian membawa dua gajah itu bersiar-siar di taman berkenaan sebelum Octavia mahu merakamkan gambar selfie dengan gajah jantan.

“Secara tiba-tiba gajah berkenaan melibas Octavia dengan gadingnya menyebabkan wanita itu terpelanting tiga meter.

“Octavia bangun dan cuba berlari, tetapi dia terjatuh sebelum gajah berkenaan terus meluru lalu memijaknya,” katanya.


Tindakan gajah itu turut menyebabkan seorang gembala yang berada di atas haiwan berkenaan terjatuh.

Menurut petugas di pusat berkenaan, Octavia gemar bergambar selfie dengan gajah yang dirawatnya sebelum memuat naik gambar itu di laman sosial. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori