KUCHING – Mayat ketiga nahas helikopter yang ditemui jam 1.03 tengah hari tadi di Sungai Batang Lupar, Lingga, disahkan sebagai Lans Koperal Ahmad Sobri Harun, pengawal peribadi kepada Datuk Noriah Kasnon.
Perkara itu disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman, sebentar tadi.
Terdahulu, jurucakap bomba menyatakan mayat ketiga itu ditemukan kira-kira satu kilometer dari kawasan mayat pertama iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon ditemui, semalam. – BH ONLINE