Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1MDB Nafi Akaun Bank...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan dakwaan bahawa akaun-akaun bank syarikat...

FAM Pecat 20 Staf...

RAMAI terkejut tetapi apakah kini bermula 'revolusi' dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)...

JDT Dapatkan Pemain Import...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) membuat persiapan...

Struktur Pakatan Harapan Tidak...

KUALA LUMPUR – Struktur pentadbiran politik Pakatan Harapan tidak sama seperti Barisan Nasional...

Meghan Trainor Tarik Semula Video Yang Diedit Melampau

PENYANYI Meghan Trainor dilapor telah menarik semula klip video lagu terbaharunya selepas dia mendapati editor video tersebut telah melakukan pengeditan di bahagian pinggangnya.

Meghan menarik semula video Me Too daripada laman YouTube dan Vevo baru-baru ini selepas dia menyedari penampilannya telah diubah suai dalam video tersebut.

Menulis menerusi laman sosial, Meghan berkata: “Mereka telah mengedit tubuh saya dan saya tak menyukainya, jadi saya akan menarik balik video itu sehingga mereka mengubahnya semula.”

meghan
Pinggang Meghan Trainor yang diedit (kiri) dan pinggang sebenar (kanan).

Video yang tidak diubah suai telah dilancarkan Meghan semalam, telah mendapat sebanyak lebih satu juta tontonan ketika artikel ini ditulis.

Penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Grammy itu sebelum ini popular dengan lagu All About That Bass yang liriknya berkisar tentang keyakinan wanita bertubuh besar.


Me Too merupakan single kedua daripada album terbaru Meghan, Thank You yang baharu dilancarkan Jumaat lepas. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori