Kek coklat melayang ke muka? Mungkin selalu kita saksikan dalam drama tetapi kali ini ia betul-betul berlaku dengan mangsanya adalah Ahli Parlimen Jerman, Sahra Wagenknect.
Sahra dibaling dengan kek oleh rakan satu parti dengannya pada kongres terbesar pembangkang yang diadakan selama dua hari di Jerman.
Beliau adalah ahli parti berhaluan kiri, Linke.
Sahra menerima balasan berkenaan selepas mencadangkan supaya bilangan kemasukan pelarian ke Jerman dihadkan.
Cadangan itu ditentang oleh rakan satu parti dengannya. Ini kerana mereka berpendapat Sahra menggunakan kemarahan ramai mengenai jenayah yang dilakukan oleh imigran di negara itu, sebagai satu mainan politik.