SEKEPING menu makanan yang menggunakan ejaan ‘pelik’ mencetuskan kutukan daripada ramai netizen menerusi laman media sosial tempatan.
Menurut laporan sebuah akhbar, foto menu itu dilihat dari sebuah forum media sosial, Reddit yang dimuat naik oleh pengguna eccentricjack, malah menu itu dikatakan dari sebuah kafe universiti tempatan.
Menu ‘pelik’ itu menyediakan ‘bestan food’ (Western Food) menyenaraikan beberapa item dalam Bahasa Inggeris tapi sebutannya dalam Bahasa Malaysia.
Antara item yang mendapat perhatian ramai adalah cika coop (chicken chop), fisan cips (fish and chips), lem coop (lamb chop), sedbij (sandwich), fenfarais (French fries) dan burger sepesal (burger special).
Malah bukan itu sahaja, kafe itu turut menyediakan sajian ‘nasi putea telor dada’.
Jelas akhbar itu lagi, sebab menu itu dieja sedemikian masih lagi kabur, mungkin ‘tersalah’ ejaan atau sebahagian daripada strategi pemasaran kafe tersebut.
Seorang pengguna Qwpoeriuty Zxmncbv menulis: “kreatif kann.. ahakss..university mane la ni.. kalau gini caranye, awal-awal pengesahan docs dah kene lempar atas.”
“Inilah contoh ejaan ikut sebutan…hasil kerja kefahaman yang keliru…boleh teka siapa penulisnya…” tulis Fatimah Idris.
Terdahulu, menu majlis makan malam di Parlimen menghidangkan ‘scissors salad’ (salad caesar) pernah menjadi viral di laman sosial tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC