PENDUDUK di sekitar Tanah Merah, Kelantan pagi tadi dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi dalam keadaan sudah kebiruan dan dihurungi oleh semut.
Bayi yang hanya dibaluti dengan tuala itu dilaporkan dijumpai penduduk di sebuah pondok jualan goreng pisang berhadapan Sekolah Menengah Belimbing.
Mangsa tersebut dipercayai baharu lahir kerana masih lagi bertali pusat.
Punca kematian bayi berkenaan masih lagi tidak diketahui.
Penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati ini turut mengundang amarah netizen terhadap sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa bayi berkenaan.
“Sampai hati buat buat camtu, tak perikemanusiaan langsung… Allahhuakhbar..,” tulis Lizaaziz.
“Bayangkanlah betapa excitednya dia nak jumpa dan sayang mak dia bila dia lahir kat dunia ni.. macam ni balasan yang mak dia bagi,” tulis seorang lagi netizen, Taufiq Imran. – MYNEWSHUB.CC