Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

LHDNM: “Tidak Ada Istilah...

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sepatutnya melaksanakan undang-undang yang...

Bekas Timbalan Pengarah SB...

KUANTAN - Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador akan diberikan surat...

Musang Obes Dikurung Bagi...

MUSANG merupakan salah satu haiwan yang terkenal dengan sifatnya cukup aktif, licik dan...

Lafaz ‘Hayya Alassolah’ Di...

KUALA LUMPUR - Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, lafaz ‘hayya ‘alassolah' (marilah bersembahyang) sewaktu...

Minta Rasuah Daripada Penyeludup Ketum, Anggota AKSEM Ditahan

KANGAR – Seorang anggota risik Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) Padang Besar disyaki meminta rasuah daripada seorang penyeludup daun ketum ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) malam tadi.

Pengarah SPRM Perlis, Yaakob Angah, berkata anggota terbabit berpangkat Koperal berumur 58 tahun, diberkas dalam kem AKSEM Padang Besar, dekat sini, kira-kira 10 malam.

“SPRM menahan Koperal itu setelah seorang lelaki mendakwa penyeludup daun ketum melalui sempadan Malaysia/Thailand mengadu suspek meminta RM1,000 daripadanya empat hari lepas supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya.

Semasa ditahan, pasukan SPRM menemui wang tunai RM11,200 dalam bag sandang Koperal itu lalu dirampas dan disita untuk disiasat kerana membawa wang dalam jumlah yang banyak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


“Penyeludup terbabit yang membeli daun ketum daripada penduduk sekitar Padang Besar turut mendakwa kali pertama anggota AKSEM itu meminta RM3,000 sebagai wang perlindungan daripada beliau kira-kira sebulan lepas,” katanya.

SPRM turut mengambil keterangan daripada enam lagi anggota AKSEM berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori