Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

28 Okt Sebutan Semula...

IPOH - Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 28 Okt untuk sebutan semula kes...

Presiden Vietnam Lakukan Lawatan...

HANOI - Presiden Vietnam, Tran Dai Quang akan melakukan lawatan negara ke Rusia...

Program Khas Peremitan Pendapatan...

PUTRAJAYA : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menamatkan Program Khas Peremitan Pendapatan (PKPP)...

Pengurus Ejen Pembantu Rumah...

JOHOR BAHARU - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Mukhriz Atau Buku 1MDB Yang Menipu?

1. SIAPA sebenarnya yang menipu? Buku penjelasan isu 1MDB atau Mukhriz Mahathir? Semasa berucap dalam Majlis Bicara Selamatkan Malaysia di Johor Baharu pada 29 April 2016, Mukhriz ada mempertikaikan jawapan yang diberikan dalam buku “1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab” terbitan JASA.

2. Antara yang dipetik oleh Mukhriz adalah soalan 11 yang berbunyi, “Benarkah AS$700 juta daripada pelaburan dalam PetroSaudi lesap dan dimasukkan ke dalam akaun Good Star milik Jho Low?” Jawapan yang diberikan di dalam buku tersebut adalah, “TIDAK BENAR. Pelaburan AS$1.83 bilion 1MDB dalam syarikat usaha sama dan syarikat milik PetroSaudi dipulangkan kembali sebanyak AS$2.318 bilion, iaitu dengan keuntungan sebanyak AS$488 juta. Fakta ini boleh dibuktikan melalui semakan ke atas penyata kewangan diaudit 1MDB. Tiada sebarang kehilangan dana kepada Jho Low ataupun mana-mana pihak ketiga yang lain. PetroSaudi dalam kenyataan media bertarikh 1 Mac 2015 menyebut semua dana 1MDB yang dilaburkan telah disalurkan ke dalam syarikat subsidiari miliknya. Sebaik 1MDB keluar daripada usaha sama itu, PetroSaudi telah membayar dana pelaburan 1MDB sepenuhnya bersama keuntungan.”

3. Mukhriz tidak berani membacakan keseluruhan jawapan yang diberikan di dalam buku 1MDB tersebut. Sebaliknya dia hanya berani membacakan laporan PAC pada mukasurat 25, itupun TIDAK secara penuh. Dia hanya berani membaca sebahagian daripada laporan tersebut yang berbunyi, “Pada 30 September 2009, Bank Negara Malaysia (BNM) memberi kelulusan pindahan dana ke dalam akaun usaha sama di J.P. Morgan SA dan RBS Coutts Bank Ltd. (Geneva). Seterusnya pada 30 September 2009 juga, sejumlah USD300 juta telah dipindahkan ke akaun 7619400 di J.P. Morgan (Suisse) SA, iaitu bank 1MDB PetroSaudi Ltd. Bagaimanapun, baki USD700 juta telah dipindahkan ke akaun 11116073 di RBS Coutts Bank Ltd., milik sebuah syarikat lain yang tidak terlibat dengan projek usaha sama ini.”

4. Mukriz mungkin tidak pernah membaca laporan PAC setebal 106 muka surat ini dan hanya bergantung kepada nota yang disediakan oleh pembantunya atau secara sengaja meninggalkan bahagian seterusnya dalam laporan PAC pada mukasurat yang sama yang menyebut, ”Berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh Datuk Shahrol Azral pada 5 Jun 2015 dan kenyataan beliau semasa mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 25 November 2015, akaun tersebut adalah milik Good Star Limited yang merupakan subsidiari Kumpulan PetroSaudi sejak 1 September 2009.”

5. Adakah laporan PAC menyebut Good Star adalah syarikat milik Jho Low dan AS$700 juta lesap? Tiada sebarang kenyataan dalam laporan PAC yang menyebut bahawa Good Star adalah syarikat milik Jho Low dan menyebut duit AS$700 juta ini lesap. Oleh itu bukan buku 1MDB tersebut yang menipu, sebaliknya Mukhriz yang cuba untuk menipu.

6. Selepas itu Mukhriz memetik soalan nombor 6 dari buku 1MDB tersebut yang berbunyi, “Benarkah dakwaaan Tun M bahawa RM27 bilion lesap?” Sekali lagi Mukhriz tidak berani membacakan jawapan yang diberikan, iaitu, “TIDAK. Selepas dibuktikan RM42 bilion tidak lesap seperti didakwa, Tun Dr. Mahathir telah mengubah kenyataannya dan mendakwa hanya RM14.1 bilion daripada RM42 bilion digunakan dan sebanyak RM27 bilion lagi lesap. Di dalam tulisan blog bertajuk, “1MDB”, 23 April 2015, selepas membuat pengiraan, Tun Dr. Mahathir berhujah, “kesemua ini adalah pembelian yang diketahui. Jumlah semuanya menambah sehingga RM14.7 bilion. Jadi terdapat sekitar 27 bilion Ringgit yang berbaki. Lebih daripada 1 bilion Dolar AS dikatakan dibayar kepada Petro Saudi tanpa sebarang pengesahan mengenai nilai syarikat tersebut atau aset-asetnya. Di manakah wang yang selebihnya?” Tuduhan Tun Dr. Mahathir ini dibuat berdasarkan andaian semata-mata tanpa merujuk kepada dokumen dan penyata kewangan diaudit sebenar. 1MDB telah mengeluarkan infografik ringkasan berdasarkan fakta di dalam penyata kewangan yang diaudit untuk membuktikan bahawa tiada dana 1MDB yang lesap.”

7. Mukriz hanya berani memetik nilai sebanyak RM4.2 bilion yang dinyatakan sebagai Aabar Investment Deposit di dalam Penyata Kewangan Diaudit Mac 2010 – Mac 2014 dan menyebut “baru dua, tiga minggu lalu (iaitu dalam pertengahan bulan April 2016) bahawa IPIC dan Aabar telah mengeluarkan kenyataan dia tidak terima duit ini, entah ke mana pergi, lesap.”

8. Sekali lagi Mukhriz cuba menipu kerana laporan PAC tidak pernah menyebut duit yang dimasukkan ke dalam akaun Aabar BVI ini lesap. Memang benar IPIC dan Aabar PJS ada membuat kenyataan menafikan perkaitan dengan Aabar BVI dan mereka tidak menerima wang yang dimasukkan ke dalam akaun Aabar BVI. Bagaimanapun segala dokumen berkaitan, termasuk perjanjian dengan IPIC dan Aabar PJS dibuat oleh 1MDB dengan Pengerusi Aabar PJS dan Pengarah Urusan IPIC. Atas sebab itu, IPIC telah mengekalkan jaminan ke atas bon 1MDB sehingga tahun 2016. Baru-baru ini, IPIC akhirnya telah membuat keputusan untuk membayar faedah bernilai AS$50.3 juta ke atas bon 1MDB Energy (Langat) sebagai memenuhi tanggung jawab mereka sebagai penjamin bon tersebut. Jika duit tersebut tidak diterima, mengapa IPIC sanggup menjamin bon tersebut sehingga tahun 2016? Soal pertikaian korporat antara IPIC dan 1MDB adalah suatu perkara baru yang belum timbul semasa buku 1MDB ini dicetak. Bagaimanapun jawapan yang diberikan oleh buku ini konsisten dengan Penyata Kewangan Diaudit 1MDB Mac 2010 – Mac 2014 dan laporan PAC yang tidak menyebut bahawa wang ini lesap.


9. Mukhriz sekali lagi cuba berbohong apabila mempertikaikan jawapan kepada soalan 16, iaitu, “Benarkah 1MDB cuba merampas wang Terengganu Investment Authority (TIA) dan mencagar telaga minyak Terengganu?” Mukhriz tidak berani membacakan dengan panjang lebar jawapan yang diberikan, iaitu “TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Pada 2009, perbincangan telah diadakan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu mengenai sumbangan setiap pihak ke dalam TIA, yang pada asalnya, dijangka mempunyai modal berbayar sebanyak RM11 bilion (RM6 bilion sumbangan kerajaan negeri, RM5 bilion sumbangan Kerajaan Persekutuan melalui jaminan pinjaman). Beberapa cadangan telah dibincangkan untuk membolehkan Kerajaan Negeri Terengganu menjana modal sumbangannya. Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi jaminan untuk terbitan sukuk bernilai RM5 bilion oleh TIA. Bagaimanapun Kerajaan Negeri Terengganu mengambil keputusan untuk menarik diri daripada TIA. Pada 31 Julai 2009, Kerajaan Persekutuan mengambil alih TIA dan entiti tersebut ditukar nama kepada 1MDB pada September 2009. Oleh itu, tiada isu 1MDB cuba untuk merampas wang TIA dan mencagar telaga minyak Terengganu.”

10. Mukhriz berbohong kerana hanya membaca sebahagian daripada laporan PAC di muka surat 5 yang berbunyi, “Tujuan asal penubuhan TIA adalah untuk mewujudkan dana kekayaan negara (Sovereign Wealth Fund) dengan dana permulaan berjumlah RM11 bilion. Dana berkenaan akan diperoleh daripada pendapatan royalti minyak tertunggak sejumlah RM6 bilion dan dana daripada terbitan bon di pasaran kewangan tempatan sera luar negara dengan cadangan Kerajaan Persekutuan menyediakan sejumlah RM5 bilion bersandarkan pendapatan minyak masa depan Terengganu.“

11. Sekali lagi, sama ada Mukhriz tidak pernah membaca laporan PAC dan hanya bergantung kepada nota yang disediakan oleh pembantunya atau sengaja menyembunyikan sebahagian lagi pernyataan dalam laporan PAC yang berbunyi,
“4.3. Pada 1 April 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan permohonan TIA supaya Kerajaan Persekutuan memberi jaminan kepada TIA untuk meminjam sehingga RM5 bilion daripada pasaran kewangan tempatan dan luar negara melalui Islamic Medium Term Notes (IMTN) untuk pelaburan. Jaminan yang dikeluarkan adalah selaras dengan Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965 yang meliputi bayaran balik prinsipal dan faedah untuk tempoh 30 tahun.
4.4 Berikutan itu pada 15 Mei 2009, satu perjanjian program ditandatangani antara TIA dan AmInvestment Bank Berhad untuk urusan terbitan IMTN berjumlah RM5 bilion. Walau bagaimanapun, perjanjian ini mendapat bantahan daripada MBI Terengganu.
4.5 Kerajaan Persekutuan kemudian memutuskan untuk mengambil alih TIA dan proses pengambilalihan berkenaan berjaya disempurnakan pada 31 Julai 2009 dan nama TIA ditukar kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 25 September 2009.”

12. Jika laporan PAC ini dibaca secara penuh, jelas kelihatan bahawa Mukhriz tidak dapat membezakan antara TIA dan 1MDB. Benar TIA akan menggunakan sumber Petroleum negeri Terengganu, tetapi bukan 1MDB. 1MDB hanya wujud selepas TIA diambil alih. Kerajaan Pusat telah mengambil alih TIA dan membayar kembali modal berbayar RM1 juta kepada kerajaan negeri Terengganu. 1MDB bermula dengan modal berbayar sebanyak RM1 juta dan jaminan kerajaan untuk terbitan sukuk bernilai RM5 bilion tanpa perlu menggunakan sumber petroleum negeri Terengganu, apalagi merampas telaga minyak negeri Terengganu.

13. Seperti Muhyiddin Yassin, Mukhriz juga nampaknya tidak membaca laporan PAC dengan teliti dan hanya berbohong dalam usaha menegakkan benang yang basah. Mereka tidak menguasai isu 1MDB ini dan sekadar membuat andaian demi andaian tanpa bukti yang kukuh dalam tuduhan mereka.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori