Berikutan satu video viral, pihak polis kini sedang giat mencari lelaki yang disyaki meludah ke atas durian sebelum membungkungnya.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata, individu yang merakam video tersebut digesa tampil untuk membantu siasatan polis.
Dalam pada itu, siasatan awal pihak polis mendapati pekerja gerai durian itu mungkin bukan meludah di buah tersebut sebaliknya sekadar menghalau lalat.
Menurut Ali, peniaga gerai itu telah dibawa ke balai polis jam 1 pagi semalam untuk membantu siasatan.
“Peniaga itu tidak tahu alamat rumah suspek dan polis sedang mencari lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu,†katanya pada majlis perasmian kereta peronda baru Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada, Khamis.
Peniaga warga Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap itu, 53, turut memaklumkan, lelaki itu hanya pekerja sambilan dan baru mula bekerja lima hari lalu.
Dalam pada itu, pihak polis percaya peniaga terbabit tidak tahu menahu tentang insiden itu.
Kes ini kini disiasat di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.
Difahamkan, tapak gerai yang terletak di Taman Sri Gombok itu juga kini telah dikosongkan. – MYNEWSHUB.CC