Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kualiti Udara Semakin Baik,...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik pada 1 tengah...

UMNO Sabah: Bersatu Belum...

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum membuat sebarang keputusan muktamad...

Mat Sabu Tak Tolak...

MUAR - Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berserta beberapa bekas anggota jawatankuasa...

Benarkah Menteri, Timbalan Menteri...

SHAH ALAM - Ketika pertelagahan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk...

Musa Aman Ajak Rakyat Hayati Mesej Tema Pesta Kaamatan

TENOM – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyeru kepada semua rakyat di negeri ini agar menghayati mesej penting di sebalik tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu ‘Keamanan dan Persahabatan’.

Beliau berkata ia antara lain mengingatkan seluruh rakyat betapa pentingnya ikatan persahabatan dalam meningkatkan serta memperkukuhkan lagi keharmonian rakyat pelbagai suku, kaum, agama dan budaya di Sabah.

“Kehadiran pelbagai lapisan rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama pada pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri juga membuktikan semangat persaudaraan, kekitaan dan perpaduan di Sabah terus kukuh.

“Ini menunjukkan semangat perpaduan sentiasa menjadi budaya dan amalan hidup rakyat di negeri ini,” katanya ketika melancarkan sambutan pesta itu yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung di sini Ahad.

Justeru, Musa berkata kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan padu kepada sambutan dan program kebudayaan bagi memantapkan lagi perpaduan yang menjadi tunjang kepada kemajuan negeri.

“Kepelbagaian budaya dan keharmonian warisan lebih 32 kumpulan etnik di Sabah menjadikan negeri di bawah bayu ini unik dan tidak mungkin wujud di tempat lain.

“Dalam konteks pesta Kaamatan, sememangnya amat signifikan dengan usaha kerajaan untuk memartabatkan warisan kebudayaan dan kesenian tempatan.


“Oleh itu, saya mengajak semua pihak mengambil bahagian untuk memeriahkan lagi sambutan pesta yang akan diadakan di pelbagai peringkat di seluruh pelusuk negeri dalam tempoh sebulan ini,” katanya.

Musa berkata kepelbagaian sambutan kebudayaan di negeri ini juga mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam atau luar negara, sekaligus merancakkan lagi sektor pelancongan dan pertumubuhan ekonomi di Sabah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata pesta itu merupakan landasan untuk memperkukuh jalinan kerjasama semua kaum di negeri ini yang sekian lama terjalin.

“Kehadiran ramai pengunjung berbilang kaum dan bangsa ke pelancaran ini menunjukkan bahawa rakyat sentiasa menyokong usaha kerajaan bagi memelihara keunikan serta kepelbagaian warisan dan budaya tradisi di Sabah,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori