Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bayaran Balik Khas GST...

KUALA LUMPUR - Pembayaran balik khas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh Jabatan...

Hamas Namakan Yahya Sinwar...

BANDARAYA GAZA - Kumpulan Palestin Hamas telah melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri...

Sifat Manja Uqasha Pikat...

PELAKON dan pengacara Hefny Sahad dikatakan sedang bercinta dengan pelakon cantik, Uqasha Senrose. Namun,...

Nad Zainal Mahu Fokus Kandungan, Perniagaan

PELAKON Nad Zainal menjelaskan bahawa dia akan behenti sementara dari bidang seni bermula Jun ini bagi menumpukan perhatian terhadap kandungannya yang dijadualkan lahir pada bulan Oktober nanti.

“Saya akan habis penggambaran pada 14 Jun dan akan berehat sehingga selesai berpantang nanti kerana sekarang ini perut juga sudah semakin membesar.

“Saya akan kembali berlakon pada Disember depan.

“Untuk sementara ini, saya akan fokus kepada perniagaan pakaian saya sepanjang bulan Ramadan bertempat di Dataran Istana Budaya,” jelasnya.

Nad juga mengakui dia dan suami belum membuat apa-apa persiapan bagi menyambut anak pertamanya itu kerana masih belum mengetahui jantina kandungannya.


“Setakat ini masih belum membuat persiapan kerana belum tahu bayi lelaki atau perempuan. Insha’Allah doktor kata sudah boleh scan untuk melihat jantina.

“Mungkin bulan depan kami akan mulakan persiapan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori