Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kertas UPSR English Bocor,...

SATU mesej menasihatkan ibu bapa kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membeli akhbar Berita...

KM Sabah Terima Kunjungan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini...

Alahai PH… Klinik Rakyat...

FOBIA dengan nama 1Malaysia yang dipopularkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak...

Sasar 75% Graduan Dapat...

CYBERJAYA - Kerajaan mensasarkan sebanyak 75 peratus daripada jumlah keseluruhan graduan di institut...

Najib Sertai Jemaah Solat Jenazah Allahyarham Noriah

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah lain menyempurnakan solat jenazah mangsa tragedi helikopter, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon di Surau Al-Jahirah, Pangkalan Udara Kuching di sini, malam ini.

Turut sama menunaikan solat jenazah timbalan menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan anggota keluarga Noriah.

Jenazah kemudian diterbangkan ke Pangkalan Udara Subang, Selangor menggunakan pesawat tentera.

Adik angkat Noriah, Datuk Zaini Taha berkata jenazah akan dikebumikan malam ini atau esok di Kampung Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor.

“Ia bergantung kepada waktu jenazah tiba di Subang. Kalau awal kita kebumikan malam ini, kalau tak sempat, esok pagi,” katanya kepada Bernama.

Noriah merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat Eurocopter AS350 yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang petang semalam.


Jasadnya ditemui di kawasan pencarian awal helikopter terbabit di Sungai Batang Lupar dekat Sebuyau, tengah hari tadi.

Selain Noriah, turut menaiki helikopter sama ialah suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas turut menaiki pesawat malang itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori