Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

UAE Sahkan Kes Pertama...

DUBAI - Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Komuniti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hari ini...

Sistem AWAS Akan Dilaksanakan...

KUALA LUMPUR - Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan Sistem Penguatkuasaan Automatik...

Usul Undi Tak Percaya...

MARANG - PAS menyelar tindakan Pakatan Harapan (PH) yang tetap berkeras untuk membawa usul...

Zahid Beri Keterangan Kali...

PUTRAJAYA – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu...

Najib Terima Kunjungan Hormat Anggota Dewan Negara China

PUTRAJAYA – Anggota Dewan Negara China, Yang Jiechi, melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Perdana Putra di sini hari ini.

Diiringi delegasi beliau, Yang dan Najib berbincang serta bertukar-tukar pandangan berkaitan isu dua hala.

Selepas pertemuan itu, Yang menyampaikan cenderahati kepada Najib berupa kaligrafi Persahabatan Malaysia-China 1974 mengandungi ungkapan-ungkapan dinyatakan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ketika perdana menteri kedua itu melawat China pada 1974.

Kunjungan hormat ke atas Najib merupakan sebahagian daripada aturcara dalam lawatan kerja dua hari Yang ke Malaysia bermula semalam.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.


Ini merupakan lawatan keempat Yang ke Malaysia atas kedudukan beliau sebagai anggota Dewan Negara China. Beliau melawat Malaysia lima kali selaku Menteri Hal Ehwal Luar, dari 2007 hingga 2012.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan Yang itu mencerminkan hubungan dua hala yang akrab antara Malaysia dan China serta keinginan kuat kedua-dua negara untuk mengukuhkan lagi hubungan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori