Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Korporat Perlu Main Peranan...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, meminta sektor korporat supaya...

PAS Kelantan Nafi Wujud...

KOTA BHARU - PAS Kelantan hari ini menafikan wujudnya perpecahan selepas parti itu...

Hafidz Roshdi Pula Sound...

PELAKON yang semakin meningkat naik namanya, Hafidz Roshdi membuat kenyataan balas berhubung isu...

Pernikahan Ken Zhu Jadi...

SUATU ketika dahulu, siapa yang tidak kenal dengan kumpulan dari Taiwan, F4 yang...

Nak Bakar Kalori Dengan Cepat? Buat 5 Perkara Ini

JIKA anda sedang menurunkan berat badan, meningkatkan metabolisma merupakan perkara yang sangat penting kerana ia memberi kesan kepada badan anda dalam proses membakar kalori.

Semakin tinggi tahap metabolisma, semakin banyak kalori yang akan dibakar oleh badan anda, jadi jika ingin membakar kalori dengan cepat, anda perlu mengamalkan 5 cara ini:

1: Minum air kosong.

Cara ini dibuktikan secara saintifik mampu meningkatkan metabolisma badan. Minum air kosong dengan kuantiti yang banyak membuatkan anda berhidrasi dengan baik dan akan membakar lemak secara berkesan.

2: Membentuk otot.

Membentuk otot juga akan bantu meningkatkan metabolisma badan dan latihan selang intensiti tinggi seperti senam robik dan zumba akan membakar kalori dengan lebih cepat.

3: Tidur yang berkualiti.

Beberapa kajian membuktikan terdapat hubungan yang berkait antara tidur dan kadar metabolisma. Mereka yang tidak mendapatkan tidur yang berkualiti mempunyai tahap metabolisma yang lebih lambat dan akan membantutkan proses pembakaran kalori dalam badan.


4: Makan makanan tinggi protein.

Makanan yang tinggi dengan protein dikenali mempunyai kesan yang besar terhadap peratusan membakar lemak dalam tubuh badan. Makanan yang tinggi protein antaranya ikan, gandum dan buah oren.

5: Minum teh hijau.

Teh hijau merupakan pengambilan bebas kalori dan mempunyai antioksidan dan menurut kajian, ia akan mempercepatkan pengoksidaan lemak dan meningkatkan metabolisma dengan cepat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori