KEMELUT antara pelakon Fasha Sandha dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai baru-baru ini telah menjadi buah mulut ramai dan ada pihak mendakwa Nora Danish merupakan punca kepada masalah tersebut.
Bagi Nora Danish yang juga merupakan bekas isteri Jejai, dia tahu mahu mencampuri urusan tersebut kerana ia bukan urusannya.
“Minta maaf, saya tidak mahu memberikan sebarang komen berkaitan hal tersebut kerana saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masalah yang berlaku,” katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, terdapat dakwaan yang mengatakan Fasha telah membuat laporan polis terhadap Jejai kerana sering memasuki rumahnya tanpa kebenaran.
Fasha dan Jejai telah bercerai pada penghujung bulan Januari lalu. Ada pihak mendakwa bahawa Nora merupakan  punca sebenar kemelut sehingga menyebabkan perceraian Fasha dan Jejai. – MYNEWSHUB.CC