Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sah TMJ Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat hari ini...

Ringgit Dibuka Rendah Hari...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pada hari ketiga berturut-turut...

Jika Sekolah Cina Dapat,...

TUNTUT... Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) gesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk turut...

Mangsa Banjir Bawa Sendiri...

DUNGUN - Oleh kerana hampir saban tahun menjadi mangsa banjir dan terpaksa berpindah,...

Noriah Banyak Berdiam Diri Kebelakangan Ini

KUCHING – Allahyarham Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon kelihatan lebih banyak berdiam diri kebelakangan ini, kata Setiausaha Sulitnya Abidin Supardi.

Abidin yang sudah 12 tahun menjadi setiausaha sulit Noriah berkata: “Semasa di dalam helikopter kami datang ke Betong, saya tengok beliau banyak berdiam diri,” kata Abidin yang turut menaiki helikopter bersama Noriah ketika itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham di Hospital Umum Sarawak.

Abidin berkata setelah membuat pengecaman dari segi pakaian dan anggota badan, beliau mengesahkan ia adalah mayat Allahyarham Noriah.

Mengenai Anggota Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Abidin berkata beliau memang bertukar pesawat semasa pulang dari Betong.

Katanya Datuk Wan Mohammad Khair-il menaiki pesawat malang itu sementara beliau menaiki helikopter yang kedua.


Selain Noriah dan Wan Mohammad Khair-il, suami Noriah, Asmuni Abdullah,

Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas menaiki pesawat itu.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang menghala ke Kuching sebelum nahas itu berlaku.

Noriah berada di Betong untuk menjalankan tugas berkaitan kementeriannya semasa kempen pilihan raya negeri ini yang hari pengundiannya esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori