Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Peruntuk RM2.4j Bina,...

MELAKA - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM2.4 juta bagi program membina dan membaiki...

“Layanan Macam Mana Kita...

PETALING JAYA - UMNO perlu sedar diri dan tidak berhak mempersoalkan layanan diterima...

Pembebasan Anwar Hadiah Istimewa...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan berita pembebasan bapanya...

Wanita Sambut Baik Usaha...

KUALA LUMPUR - Selamat, selesa dan menjimatkan masa; tiga faktor utama yang diberi...

Orang Korea Paling Kurang Bau Busuk Badan

SEOUL – Ketika musim bunga semakin tamat dan dunia menghampiri pula musim panas, sebahagian besar warga Korea Selatan yang terkenal dengan penampilan anggun dilaporkan khuatir tubuh badan mereka berbau busuk.

Bagaimanapun, kebimbangan tersebut mulai diganti dengan ‘khabar gembira’ apabila kajian saintis antarabangsa mendapati orang Korea paling kurang mengalami masalah peluh dan bau hapak berbanding bangsa lain di dunia.

Penyelidikan oleh Universiti Bristol di Britain merumuskan orang Korea mengalami mutasi secara genetik dengan hanya 0.006 peratus penduduk negara kimchi itu memiliki baka ABC11, iaitu gen ‘jahat’ untuk badan bau busuk.

Kajian saintifik itu berdasarkan perbandingan menerusi rekod pangkalan data khas iaitu Allel Frequency Database (ALFRED), yang direka saintis Universiti Yale, antara institusi pendidikan tinggi terulung di Amerika Syarikat.

korea2

Hasilnya, mereka bersetuju bahawa orang Korea termasuk yang bukan bertaraf selebriti memang memiliki ABC11 paling sedikit di dunia sekali gus amat kurang bau hapak waima ketika cuaca panas menyebabkan tubuh berpeluh.


“Gen ini pada asasnya penentu tunggal untuk menentukan sama ada anda berbau wangi atau busuk,” kata Ian Day, seorang epidemiologist atau pakar kulit genetik dari Universiti Bristol yang membuat kajian ilmiah berkenaan.

Laporan penyelidikan itu disiarkan menerusi Livescience, laman web rujukan mengenai kajian sains dari seluruh dunia serta dipetik akhbar bahasa Inggeris berpengaruh The Korea Times dan edisi bahasa Korea, Hankook Ilbo.

“Kajian malah mendapati, hanya dua peratus orang Eropah memiliki baka ABC11, manakala kebanyakan orang rantau Asia Timur dan sebahagian besar orang Korea amat kurang gen ini,” jelas Day. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori