Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahathir Kembali Sebagai PM...

TUN Dr. Mahathir Mohamad melakar kejayaan bersejarah untuk kembali memainkan peranan penting di...

Pelbagai Usaha Kesan Individu,...

BALING - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan terus mempelbagaikan usaha mengesan individu dan...

Felcra Majukan Tanah Terbiar,...

KUALA TERENGGANU - Pemilik tanah terbiar berpeluang menikmati bonus dan dividen setiap tahun...

Cuba Berminat Keluarkan Vaksin...

KUALA LUMPUR - Cuba mempelawa Malaysia untuk meninjau kemungkinan terbabit dalam usaha pengeluaran...

Palani, Kenapa Tak Buat Apa-apa Semasa Jadi Menteri – Wan Junaidi

LANGKAWI – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menempelak Datuk Seri G. Palanivel kerana tidak melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah penerokaan haram di Cameron Highlands beberapa ketika dahulu.

Wan Junaidi berkata, anggota Parlimen Cameron Highlands itu memegang portfolio berkenaan (Sumber Asli dan Alam Sekitar) lebih lama berbanding beliau sendiri.

Jadi Palanivel tidak sepatutnya membuat dakwaan yang tidak berasas terhadapnya (Wan Junaidi) berhubung kegiatan haram itu.

“Saya kecewa juga Palanivel (yang selama) dua tahun menjadi menteri. Saya baru lapan bulan. Kenapa tak buat (sesuatu semasa masih menjadi menteri). Sekarang baru pandai-pandai nak bercakap,” kata Wan Junaidi kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas kenyataan Palanivel pada Jumaat lepas yang mendakwa penerokaan haram di Cameron Highlands sukar diatasi kerana kegiatan itu didalangi oleh ‘individu atau kumpulan berpengaruh’.

“Kalau dia (Palanivel) ada maklumat yang terperinci tentang orang-orang yang berkenaan (dengan dakwaan mendalangi penerokaan haram itu) hantar surat, beritahu saya,” kata Wan Junaidi.


Menteri itu berkata pindaan kepada Kanun Tanah Negara adalah di antara tiga rang undang-undang yang telahpun diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan peruntukan denda sehingga RM500,000 terhadap pesalah yang meneroka tanah secara haram.

Katanya, pembentangan rang undang-undang itu juga merupakan usaha kementeriannya untuk membendung kegiatan penerokaan haram itu seperti berlaku di Cameron Highlands.

Menurutnya usaha-usaha penguatkuasaan juga turut dipertingkatkan lagi bagi mana-mana pihak yang cuba memasuki kawasan yang telah diceroboh di kawasan tanah tinggi itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori