KUALA LUMPUR – Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat tidak berpuas hati kerana diarah keluar dari Sarawak pada 5 Mei ini.
Beliau yang tiba di Sarawak hari ini mendakwa sudah membeli tiket pulang ke Semenanjung pada 7 Mei 2016.
“Saya masuk Sarawak hari ni, diarah keluar Sarawak 5 Mei 2016. Tiket balik dah beli pada 7 Mei 2016,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau dalam nada tidak berpuas hati mempersoalkan apa perasaan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem jika dihadkan perjalanan di negerinya iaitu Johor.
“Kalau Adenan Satem dihadkan perjalanan di negeri saya, Johor sehingga menganggu rancangan perjalanannya. Apakah perasaan Adenan?” katanya.
Kerajaan Sarawak mempunyai asas yang baik untuk menyekat atau menghadkan kemasukan beberapa pemimpin Pakatan Harapan seperti Suhaizan.
Ia ekoran pemimpin parti pembangkang terbabit gemar melakukan provokasi atau membangkitkan sentimen perkauman dan kenegerian demi meraih sokongan politik.- Mynewshub.cc