Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Haziq Hot FM Terkejar-Kejar...

PENYAMPAI radio Hot FM, Haziq berkata dia berdepan cabaran apabila isterinya iaitu Ayunda...

Lelaki Mengamuk Kerana Juruwang...

NANNING – Seorang lelaki yang mengamuk di sebuah pasar raya di China bertindak...

Perut Percik Turut Laris...

PASIR MAS - Kebiasaannya bahagian perut ayam dibuang namun tidak ramai yang mengetahui...

DSV Sah Sudah Jumpa...

PERHATIAN... Perhatian. Anda dah boleh berhenti hantar resume cari jodoh anda kat DSV....

Parti Amanah Kata Rakyat Sarawak Pentingkan Duit Poket

KUALA LUMPUR – Gara-gara gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Parti Amanah Negara (PAN) sanggup menuduh kononnya rakyat Sarawak sekumpulan masyarakat yang terlalu mementingkan wang ringgit.

Naib Ketuanya, Azan Safat mendakwa kononnya rakyat Sarawak memilih BN bukan disebabkan polisi dan dasar kerajaan yang hebat atau faktor Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem tetapi kerana mengharapkan wang poket yang mereka perolehi sewaktu mengundi.

“Mentaliti seperti ini bukan mentaliti khusus rakyat Sarawak tetapi ini ialah mentaliti yang dimiliki oleh mana-mana masyarakat pun yang hidup dalam kemalaratan dan kemiskinan,” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.

Tuduhan liar itu merupakan satu penghinaan kepada rakyat Sarawak yang telah menunaikan hak demokrasi mereka untuk memilih pemimpin yang mereka yakini dan gemari dalam sesebuah pilihan raya.

Tohmahan itu turut mencerminkan keengganan pemimpin Pakatan Harapan menerima hakikat rakyat Sarawak masih yakin dengan kepimpinan BN dan menolak politik pecah belah, mengadu domba, mengejek, menghasut dan membenci yang diterapkan oleh pemimpin Pakatan Harapan. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori