Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

16 Juta Ayam, Itik...

PARIS – Kementerian Pertanian Perancis menyatakan bahawa kira-kira 16 juta ayam, itik dan...

Nelayan Dinasihati Jangan Rakus...

KUANTAN - Sikap rakus segelintir nelayan yang mengaut hasil laut dengan menggunakan peralatan...

Lofattah Akui Hubungan Cinta...

JIKA sebelum ini Neelofa dan Fattah Amin berteka-teki mengenai status hubungan mereka, akhirnya...

TPM Umum Kenaikan Elaun...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan...

Parti Amanah Sindir Melayu Bukan Manusia!

KUALA LUMPUR – Gara-gara terlalu marah kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu membuat kenyataan biadap melabelkan orang Melayu bukan manusia.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pelbagai perkara telah disebarkan tentang keburukan kerajaan ke atas kaum Melayu, tetapi Melayu tetap memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Saya cakap hal Cina, Melayu ini bukan untuk tujuan perkauman. Bila kita bangkitkan kes koperasi MCA dulu, kaum Cina marah tolak MCA masa itu. India pula tolak MIC.

“Kita orang Melayu cerita penyelewengan lagi kerajaan menang besar. Sekarang ini Tun Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali turun setiap malam (memburuk-burukkan BN), Kalau menang lagi BN maka kita semua bukan orang,” katanya dalam satu ceramah politik baru-baru ini.

Rakaman video ucapan beliau berdurasi 3.44 minit itu dimuat naik di laman Facebook rasmi PAN hari ini.


Mat Sabu dalam pada itu kesal kerana rakyat Malaysia tidak bangkit membuat tunjuk perasaan di jalanan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan BN.

Menurutnya, rakyat Malaysia tidak seperti rakyat negara luar yang berani bangkit mengadakan tunjuk perasaan untuk menjatuhkan pemimpin mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori