Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PM Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelantikan Tan Sri Dr...

Setiausaha PKR Miri Maut...

SETIAUSAHA PKR Miri, Bill Kayong ditemui mati ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala...

Dewan Rakyat Terima Proklamasi...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen ke-13, yang...

Ramli Curi Tumpuan Kali...

KUALA LUMPUR – Kali pertama berbahas di Dewan Rakyat, Ramli Mohd. Nor (BN-Cameron...

Parti Komponen BN Diminta Jangan ‘Menggelabah’

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak ‘menggelabah’ dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian (Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2015) Akta 355.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Mustapha Yaakub berkata, parti komponen BN terutama MCA perlu memahami kandungan dan maksud RUU yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen itu sebelum membuat sebarang komen.

“Lagi pun RUU itu untuk orang Islam. Pelaksanaan RUU itu sekiranya diluluskan hanya kepada orang Islam dan bukan kepada orang bukan Islam.

“Adalah menjadi kewajipan Ahli Dewan Rakyat Islam menyokong RUU itu demi untuk mengemaskan kuasa Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Mustapha berharap MCA tidak mempolitikkan pembetangan RUU itu untuk meraih sokongan bukan Islam.


Malah, katanya, sebagai rakan kongsi BN, MCA sepatutnya menjelaskan kekeliruan bukan Islam terhadap RUU itu dan bukannya menambakan lagi kekeliruan.

Beliau berharap RUU itu akan dibincang dan dibahas oleh semua wakil rakyat dengan bijaksana demi kebaikan ummah demi memperkasakan Mahkamah Syariah di negara ini. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • RUU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori