Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tiada Halangan Aksi Kelayakan...

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik keputusan Persatuan Bola Sepak...

JKM Kesan Wanita Menyamar...

JOHOR BAHRU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor sedang mengesan seorang wanita yang...

Air Pasang: Jabatan, Agensi...

IPOH - Semua jabatan serta agensi keselamatan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi kemungkinan banjir...

Dua Korea Bersidang Bulan...

SEOUL – Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju semalam untuk mengadakan sidang kemuncak...

PAS Dedah DAP `Main’ Sentimen Kaum, Agama Di Sarawak!

KUALA LUMPUR – Calon PAS hilang deposit di Kakus dan Pujut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini kerana DAP memainkan sentimen perkauman dan agama.

Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili berkata, DAP dalam kempennya telah melabelkan PAS sebagai sebuah parti anti-Bukan Islam ke atas penduduk kawasan terbabit.

“PAS hilang wang deposit di kedua-dua kerusi ini. Ini mungkin kerana sentimen perkauman dan agama yang cuba dimainkan dan dipersepsikan terhadap PAS contohnya DAP melabel PAS anti-bukan Islam.

“PAS berjaya mengekalkan undi di kebanyakan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang majoriti Melayu-Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu merupakan analisis awal PAS Sarawak berhubung prestasi parti itu dalam PRN Sarawak kali ini.


Muhtar dalam pada itu mengakui PAS kalah di kebanyakan kerusi kerana Barisan Nasional (BN) mendapat peningkatan undi yang jauh lebih tinggi.

Malah, katanya, faktor ‘good feel’ terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem secara keseluruhannya mempengaruhi kemenangan besar BN pada kali ini. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori