Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Adnan Yaakob Calon Sesuai...

KUANTAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilihat calon...

Tamadun Sungai Batu Lambang...

ALOR SETAR - Usaha mengkaji dan memelihara khazanah negara di Tapak Arkeologi Sungai...

Apakah Punca Kematian Dr...

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh CPRC KKMSalam takziah diucapkan buat seluruh ahli...

Pemberian Peruntukan Ditambah Baik...

MELAKA — Pemberian peruntukan kepada semua persatuan dan pertubuhan sukan di negeri ini...

PAS Dedah Pakatan Mahu Ada Rundingan ‘Mee Segera’

KUALA LUMPUR – PAS menolak sebarang rundingan ‘mee segera’ dengan Pakatan Harapan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangar dan Sungai Besar yang akan berlangsung pada bulan depan.

Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS akan tetap bertanding di kedua-dua kawasan tersebut meskipun Pakatan Harapan memaksa PAS supaya berundur.

“Hormati kami jika kami menolak rundingan ‘mee segera’ yang sekadar untuk memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi.

“Luka dalam kami masih belum sembuh. Penawarnya bukan ubat satu malam,” tegasnya dalam satu kenyataan kelmarin.

Terdapat desas-desus beberapa pemimpin PAS pro-Pakatan Harapan diketuai Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan perbincangan dengan Pakatan Harapan bagi membincangkan tentang PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Tindakan pemimpin PAS yang taksub kepada bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilihat membelakangi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi parti itu.


Anwar sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati salah meliwat seorang lelaki lain iaitu pembantu peribadinya.

Nik Mohamad Abduh berkata, beliau menghormati ‘luka dalam’ Anwar ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad maka Pakatan Harapan perlu juga menghormati PAS.

“Sesiapa pun boleh berkata, tutuplah cerita lama. Tetapi, adat berkawan, adat berunding, hormati tuan hak sebelum tunjuk belang.

“Kalau masing-masing nak tunjuk belang, biarlah kami kekal bulan,” tegasnya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori