Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Racun Disangka Minyak Bayi...

PETALING JAYA - Suspek wanita Indonesia dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah mendakwa...

700 Bakal Haji Dari...

MELAKA - Sejumlah 700 rakyat negeri Melaka bakal menunaikan haji tahun ini, kata...

Takut Anak Dengan Makhluk...

KOTA BHARU - Sikap menakut-nakutkan anak sendiri dengan makhluk halus merupakan antara penyebab...

Zahid Tanda Tangan 51...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu Datuk Seri Dr....

PAS Perlu Kaji Pemecatan Saya Daripada Parti – Husam

KOTA BAHARU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa berkata PAS wajar mengkaji semula pemecatannya kerana beliau masih belum menjawab surat tunjuk sebab yang dipinta Jawatankuasa Tatatertib parti sebelum ini.

Sambil mengakui dirinya masih lagi anggota PAS kerana masih belum menerima surat rasmi berhubung pemecatannya, Husam berkata beliau juga keliru dengan tindakan parti itu yang memecatnya tanpa memberikan sebarang alasan.

“Saya belum jawab surat tunjuk sebab (sebagaimana yang dipinta Jawatankuasa Tatatertib). (PAS) patut kaji semula sebab saya tak tahu kenapa saya dipecat.

Kalau dibaca dalam kenyataan media tak dinyatakan sebab. Mungkin saja ada pihak nak ‘provoke’ saya.

“Mungkin saya tak ada apa-apa kesalahan dan parti politik kadang-kadang mungkin ambil tindakan kerana politik, bukan kerana kesalahan,” katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini, Jumaat malam.


Hari ini, Jawatankuasa Tatatertib PAS mengesahkan memecat Husam setelah meneliti aduan salah laku terhadap bekas naib presiden parti itu dan mendapati beliau telah melakukan tindakan serta perbuatan yang menyalahi Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS.

Husam sebelum ini dilihat lantang menyerang parti dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara PAS dan Umno.

Mengulas lanjut, Husam berkata beliau akan menghadiri Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok kerana masih belum menerima surat rasmi berhubung pemecatannya itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori