Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kontraktor Mengaku Tak Bersalah,...

KOTA BAHARU - Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Pesta Kucing Seremban Pada...

SEREMBAN - Peminat kucing tidak harus melepaskan peluang berkunjung ke Dewan Majlis Perbandaran...

‘Saya Sudah Keluar Daripada...

PORT DICKSON - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku di...

PAS Tak Boleh Mendabik Dada, Bukan Lagi PR!

KUALA LUMPUR – DAP yakin undi yang bakal diperoleh PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini akan merosot teruk.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau percaya calon PAS itu tidak akan memperoleh lebih daripada undi yang diterima parti itu dalam Pilihan Raya Umum 2013.

“Calon PAS tidak akan mendapat lebih undi berbanding PRU 2013 malah undi mereka akan lebih rendah.

“PAS telah `merenggangkan’ segmen besar pengundi di kedua-dua kawasan itu dan bukan lagi parti gabungan Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang turut menjangkakan PAS akan kalah teruk di kedua-dua kawasan itu seperti yang berlaku dalam PRU 2004.


Menurutnya, PRU 2004 menyaksikan calon PAS kalah dengan 7,349 undi majoriti di Sungai Besar dan 5,557 undi majoriti di Kuala Kangsar.

“Statistik PRU 2004 ini lebih relevan untuk calon PAS kali ini berbanding stastistik pada 2013,” katanya.

Justeru, beliau berharap penyokong Pakatan Harapan supaya menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung PRK terbabit. – Mynewshub.cc

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori