PASANGAN ini mengambil masa selama setahun untuk merancang perkahwinan idaman bertemakan Harry Potter, kisah kegemaran mereka.
Pasangan Cassie, 31, dan Lewis Byrom, 34, melangsungkan pertunangan pada tahun lepas di Diagon Alley, Harry Potter World yang terletak di Orlando, Florida.
Mengambil keputusan untuk memastikan perkahwinan mereka menjadi perkara terbaik untuk diingati, pasangan dari Stockport, England ini memastikan hari bahagia mereka sama ‘ajaib’ seperti yang ditunjukkan dalam filem Harry Potter.
Perkahwinan mereka dilangsungkan di Hotel Mindland yang terletak di Manchester dan mereka telah mencipta Hogwarts mereka sendiri di hotel tersebut, lengkap dengan Great Hall untuk majlis resepsi.
Casie dan pengapitnya membawa gubahan bunga kertas yang diperbuat daripada lebih 20 naskah buku terpakai Harry potter.
Kek perkahwinan mereka merupakan perkara paling bermakna buat Cassie kerana ia mempamerkan Lego Lord Voldemort dan Bellatrix Lestrange yang merupakan watak kegemarannya.
– MYNEWSHUB.CC