Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Akhirnya! Leonardo DiCaprio Menang...

SETELAH enam kali pencalonan dan 25 tahun menghambakan diri dalam industri perfileman Hollywood,...

‘Cuba Ikat Kelapa Di...

Calon Pakatan Harapan (PH) parlimen Sik Latifah Md Yatim menempelak tindakan Menteri Besar...

Dr Mahathir Akan Terima...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dianugerahi Ijazah Kedoktoran Kehormat...

Berebut Nak Beli Kasut...

DASHYATNYA tengok video ni, ramai-ramai berebut nak beli kasut terbaharu keluaran jenama popular...

Suami Isteri Paling Bertuah, Menangi 2 Supercar

SEPASANG suami isteri di United Kingdom tidak menyangka dapat membawa pulang dua buah kereta mewah setelah memenangi peraduan yang sama-sama disertai oleh mereka, beberapa bulan lalu.

Metro.co.uk melaporkan, Prash Thurairatnum yang menyertai peraduan Best of the Best (BOTB) Supercar berjaya meraih sebuah Mclaren 540c yang dianggarkan berharga £125,000 (RM800,000).

Tujuh bulan kemudian, tanpa disangka-sangka isterinya Lakshmi yang turut menyertai peraduan sama, turut diumumkan memenangi peraduan tersebut dan menerima kereta mewah jenis Mercedes GLE64-S AMG sebagai hadiah.

Jika anda menyangka pasangan ini sudah cukup bertuah dengan hadiah yang diterima, tunggu dahulu..

Selain memenangi dua supercar, pasangan ini turut diberi kejutan dengan wang tunai sebanyak  £10,000 yang diletakkan dalam but kereta mereka. Phew!

Suami Isteri Paling Bertuah, Menangi 2 Supercar


Lakshmi dilaporkan langsung tidak percaya berita kemenangan mereka, sehinggalah krew BOTB tampil di hadapan rumahnya.

“Saya sedang memandikan anak apabila terdengar pintu rumah kami diketuk. Setelah pintu dibuka saya terkejut mendapati pihak BOTB berada di hadapan rumah bersama kereta Mclaren,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Metro.co.uk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori