Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

3 Mat Rempit Pukul...

TAIPING - Polis telah mengenal pasti tiga mat rempit yang dipercayai membelasah pemandu...

Ghani Sah Diisytihar Presiden...

KABUL - Bekas Menteri Kewangan Ashraf Ghani diisytiharkan sebagai Presiden Afghanistan baharu semalam,...

Putera Mateen Lebih Jadi...

BANDAR SERI BEGAWAN - Ketika ini rakyat Brunei masih dilanda 'kegembiraan' sambutan 50...

Banyak Restoran Indah Di...

KEBANYAKAN restoran di Kuala Lumpur kelihatan bersih dari luar tetapi di bahagian dalam,...

PBAPP Nafi Tuduhan Pesawah Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) menyelar pesawah di Seberang Perai Utara (SPU) yang mendakwa air Sungai Muda di empangan Rantau Panjang, Penaga di sini dilepaskan ke laut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata, pesawah yang terjejas dengan fenomena El Nino terbabit tidak sepatutnya melepaskan marah kepada kepada PBAPP kerana pendapatan mereka terjejas.

“PBAPP bersimpati dengan nasib petani yang tidak boleh menanam padi kerana Super El Nino.

“Bagaimanapun, mereka menyatakan kemarahan dan kekecewaan mereka pada pihak yang salah dan di pepasangan air yang tidak betul,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jaseni berkata, PBAPP tidak melepaskan air mentah ke dalam Sungai Muda atau ke laut seperti yang didakwa oleh pesawah-pesawah terbabit.

Katanya. Pulau Pinang tidak mempunyai empangan yang boleh melepaskan air ke dalam Sungai Muda.

Menurut beliau, pepasangan air mentah di Rantau Panjang adalah Skim Air Ampang Jajar Sungai Muda (SMWSB).


“Terdapat limpahan di ampang jajar ini kerana ia tidak direka untuk menghentikan sepenuhnya atau menghalang aliran air dari Sungai Muda ke Selat Melaka.

“Kita (PBAPP) tidak harus dipersalahkan kerana limpahan di ampang jajar,” katanya.

Baru-baru ini, sekumpulan pesawah di kawasan SPU mahu kerajaan negeri dan PBAPP mengambil tindakan segera agar tidak terus melepaskan air Sungai Muda di empangan Rantau Panjang, Penaga di sini ke laut.

Wakil pesawah Abdul Rahim Mohd Nordin, 64, mendakwa tindakan PBAPP itu bukan sahaja membazir malah merugikan pesawah kerana air dilepaskan ke laut tanpa disalurkan dan dibekalkan kepada kawasan sawah di sekitar SPU. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori