Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Hutang M’sia Tidak Mengancam...

KUALA LUMPUR - Hutang kerajaan Malaysia tidak mengancam kedudukan ekonomi negara, malah pencapaian...

Suami Setuju Cerai, Ezlynn...

SETELAH tiga tahun berhadapan dengan masalah rumahtangga, penantian penyanyi Ezlynn bakal berakhir apabila...

APMM Tangkap 30 Nelayan...

MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan asing dari...

Mercun Bola, Bilah Pisau...

Ampang Jaya : Polis sudah mengambil keterangan 36 saksi berkaitan kes letupan yang...

Pegawai Veterinar Pukul Isteri Dalam Lif Dipenjara, Denda

BUKIT MERTAJAM – Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM2,000 terhadap seorang pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar atas kesalahan memukul isterinya tiga tahun lalu.

Majistret Mohd. Fitri Sadarudin membacakan keputusan berkenaan selepas tertuduh, Mohammad Affandi Ismail, 39; didapati bersalah menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Siti Khadijah Ahmad Ramli, 39.

Perbuatan pegawai tersebut yang bertugas di Jerantut, Pahang secara kebetulan berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup dalam sebuah lif di Hospital KPJ Bandar Perda, dekat sini pada jam 4 petang, 12 Ogos 2013.

Rakaman berdurasi 2 minit 20 saat yang turut viral di laman sosial itu memaparkan aksi seorang isteri dipukul bertubi-tubi dan diterajang oleh suaminya di hadapan dua anak mereka sendiri ketika pintu lif dibuka.

Mohammad Affandi dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliza Md. Zin, manakala tertuduh diwakili peguam, R. Palaniappan. – BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori