Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hantaran Minang Kucing Tunku...

KUALA LUMPUR - Siapa tidak kenal dengan kaletah ramah Raja Permaisuri Agong (RPA),...

7 Stesen LRT Laluan...

KUALA LUMPUR - Stesen LRT Laluan Ampang antara stesen Ampang dan Miharja akan...

Bajet 2017: PM Mahu...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua kementerian dan agensi-agensi...

23 ADUN PN Selesai...

ALOR SETAR - Seramai 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN)...

Pekerja Tingkat Kemahiran Dapat Tingkat Pendapatan – CUEPACS

KUALA LUMPUR – Saranan kerajaan untuk menggalakkan pekerja di negara ini meningkatkan kemahiran dalam bidang tertentu mampu meningkatkan pendapatan mereka.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata usaha itu juga dapat membawa pekerja keluar daripada kancah kemiskinan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat masa kini.

“Pekerja mahir ini, perkara yang amat penting kerana ia sebahagian daripada revolusi industri dan perusahaan yang telah berlaku lebih 100 tahun dahulu di dunia barat sehingga mereka maju ke hari ini.

“Jadi kita seharusnya membangunkan pekerja mahir ini supaya dapat melahirkan pekerja yang berkemahiran dalam negara dan mereka akan dibayar lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Najib ketika berucap berkata kerajaan sedang melaksanakan enam tindakan untuk melahirkan golongan pekerja lebih berdaya saing dalam menggerakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi.

Enam tindakan itu meliputi pelbagai aspek termasuk meningkatkan kemahiran serta meningkatkan pendapatan golongan pekerja.


Bagaimanapun, Azih berharap kerajaan dapat mengawal urusan kawalan harga barang bagi memastikan pekerja mampu membeli keperluan seperti rumah dan menyediakan perbelanjaan pendidikan anak.

“Sekarang kita lihat kalau beli rumah, kereta, perbelanjaan pendidikan dan utiliti, pekerja kita terus jadi miskin apabila pendapatan hilang untuk bayar semua benda ini.

“Sebab itu, kita minta kerajaan bukan hanya fokus kepada kenaikan gaji tetapi kena kawal harga barang supaya rakyat mampu membeli, bukan mampu tengok sahaja,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori