KUALA LUMPUR – Kekalahan teruk DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sangat mendukacitakan ahli dan penyokong parti itu.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, kekalahan itu mengecewakan ramai petugas DAP yang bekerja keras untuk pilihan raya tersebut.
Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana mendakwa pelbagai projek dilaksanakan DAP di Sarawak selama ini cuma menjana pulangan kecil daripada segi undi.
“Kami telah melaksanakan lebih 60 projek termasuk bekalan air, pembinaan jalan dan penjanaan elektrik murah.
“Kami membantu beribu-ribu penduduk kampung mencapai kualiti hidup yang lebih baik,” katanya dalam nada kesal melalui satu kenyataan media hari ini.
Tony Pua bagaimanapun mendakwa DAP telah memperoleh pemahaman yang tinggi mengenai masyarakat Sarawak dalam PRN kali ini.
Prestasi DAP dalam PRN Sarawak Ke-11 sangat mengaibkan kenapa jumlah kerusi mereka merosot jauh daripada 12 kerusi kepada cuma tujuh. – mynewshub.cc