TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Azza Suaymi, 34, yang selamat timang cahaya mata sulung, pada 18 Mei lalu.
Bayi perempuan seberat 2.72 kilogram itu dilahirkan di Hospital Ampang, Selangor pada pukul 5.57 petang.
Bayi pelakon Ramadhan Berteduh Syawal yang kini sudah berusia lapan hari telah diberi nama Cempaka Nur Adriyana.
Menurut Azza atau nama sebenarnya Azariah Suaymi, nama itu dipilih kerana dia  sudah lama menyimpan hasrat meletakkan nama bunga untuk anaknya.
“Sejak kecil lagi saya minat bunga manakala Nur Adriyana pula nama pilihan suami,” katanya kepada Harian Metro.
Pada masa yang sama, bekas pelajar Akademi Fantasia musim 1 ini turut meluahkan rasa terujanya kerana anaknya berkongsi bulan kelahiran yang sama dengannya dan suami.
Azza mendirian rumah tangga bersama suaminya, Alif Ehsan A Rahim, 30, pada 24 Mei tahun lalu. – MYNEWSHUB .CC