Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Surat ‘Hantu Jambatan’ Buat...

GEORGE TOWN - Sekeping nota didakwa ditulis oleh 'hantu jambatan' telah menggemparkan penduduk...

Bekas Ratu Cantik Hilang...

Bekas ratu cantik Ukraine 2013, Anna Zaiachkivska yang dilaporkan hilang oleh suaminya yang...

Perkasa Bahasa Melayu Perlu...

ALOR GAJAH - Usaha kerajaan negeri Melaka untuk terus memperkasa bahasa Melayu selaras...

Anak Lelaki Osama Impi...

ANAK lelaki bekas pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda, Hamza Laden baru-baru ini menyiarkan sebuah...

Pelantikan Muhammad Ganti Zeti Adalah Tepat – PATUT

KUALA TERENGGANU – Pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu adalah tepat bagi meneruskan usaha yang dilaksanakan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz terutama dalam mengatasi penyusutan nilai ringgit.

Naib Presiden Persatuan Tunas Usahawan Belia Terengganu (PATUT), Norfuzilawati Yusoff berkata pelantikan Muhammad adalah tepat memandangkan beliau merupakan orang kanan dalam kepimpinan BNM sebelum ini.

“Ini dibuktikan berdasarkan kelayakan, pengalaman, rekod prestasi dan kebolehan beliau, yang telah berkhidmat dengan BNM selama 32 tahun, termasuk sebagai timbalan gabenor sejak enam tahun yang lalu.

“Ucapan tahniah juga kepada Tan Sri Zeti yang membawa nama Bank Negara Malaysia dan negara khususnya ke satu peringkat yang dikagumi di mata dunia atas pengurusan yang cekap dan terbaik serta menyifatkan beliau sebagai antara gabenor bank pusat terbaik di dunia,” katanya kepada Bernama hari ini.


PATUT juga mengharapkan Gabenor yang baru dilantik, dapat memastikan pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana, terutama bagi usahawan muda ditawarkan dengan kadar faedah yang lebih rendah, menarik dan capaian pembiayaan yang lebih fleksibel. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori