Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Usah Keliru Antara H1N1...

DUNGUN - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terkeliru antara Influenza A H1N1 dan...

Saya Tak Layak Untuk...

SUSULAN kemenangan besarnya dalam Anugerah Meletop yang diadakan pada Februari lalu, nama Ayda...

Pendera Haiwan Boleh Didenda...

PETALING JAYA - Sesiapa yang memukul, menendang, mendera, abai atau meninggalkan mana-mana haiwan boleh didakwa...

Tak Sangka Tersenarai Sebaris...

GEORGE TOWN - Selepas diumum berjaya menempah tempat dalam senarai akhir Anugerah Puskas...

Peluang Terakhir Van Gaal Untuk Terus Kekal

LONDON –  Manchester United (MU) akan berusaha mendapatkan sesuatu musim ini yang kemungkinan dapat mempertahankan jawatan Louis van Gaal sebagai pengurus menerusi perlawanan akhir Piala FA menentang Crystal Palace malam ini.

van-gaalmoyes1 Shrew-1456400292 manchester-united-away-jersi

Selepas gagal layak ke Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun, aksi di Wembley bakal di pertanggungjawabkan jurulatih itu untuk peluang terakhir menamatkan musim hambar dengan sempurna, sekali gus melegakan hati peminat.

Jurulatih itu, diejek ketika memberi ucapan kepada penyokong sewaktu menang 3-1 ke atas Bournemouth awal pagi Rabu lalu.

Namun kemenangan ke atas Palace akan memberikan United trofi pertama sejak Alex Ferguson meninggalkan kelab pada 2013, laporan menyatakan zamannya di kelab itu sudah berakhir.

“Saya fikir minat pihak kelab lebih penting daripada pengurus,” kata Van Gaal apabila ditanya bagaimana impak perlawanan malam ini terhadap masa depannya.


“Sudah tentu anda mempunyai matlamat tersendiri. Menjuarai Piala FA sesuatu yang saya inginkan. Namun, setakat menghampiri kemenangan belum cukup untuk MU. Anda perlu memenanginya,” katanya.

-MYNEWSHUB.CC

 

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori