Seorang pelukis yang bersikap kurang ajar dengan melukis potret calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah menerima padah apabila dia diserang oleh penyokong ahli politik berkenaan.
Meskipun IIIma Gore tidak menyukai Trump, namun dia tidak perlu menjadi biadap hingga ke tahap memalukan dan menghina orang lain.
Selepas diserang, Gore telah memuatnaik gambarnya dengan mata lebam ke dalam media sosial, dengan mendakwa seorang lelaki telah menumbuk mukanya sambil melaungkan ‘Trump 2016’.
“Hari ini saya telah ditumbuk di muka oleh seorang lelaki yang keluar dari kereta sambil menjerit `Trump 2016′ di Los Angeles. Ia berlaku beberapa hari selepas saya kembali dari London.
“Keganasan seumpama ini menunjukkan bahawa orang yang kreatif tidak selamat,” katanya.
Penyerang berkenaan telah melarikan diri dan laporan polis telah dibuat oleh Gore.
Pelukis kelahiran Australia ini menjadi terkenal selepas dia melukis imej Trump tanpa seurat benang dengan saiz alat sulit jutawan itu yang kecil.
Gambar berkenaan bagaimanapun telah diharamkan oleh Facebook. Ia juga ditolak daripada dipamerkan di Amerika Syarikat susulan ancaman daripada penyokong Trump.