Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Penjaga Parkir Dipenjara Setahun...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri kereta milik ahli perniagaan, seorang penjaga parkir dijatuhi...

2 Penduduk, Seorang Petugas...

AMPANG JAYA: Pasukan penyelamat percaya tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah...

Kim K Jadi Sensasi...

SOSIALIT terkenal, Kim Kardashian West sekali lagi meraih perhatian penduduk dunia dengan gambar...

Ibu Perlu Sokongan, Penyusuan...

SUSUƃā€šĆ‚Ā ibu adalah makanan terbaik untuk bayi.Tanyalah mana-mana pakar kesihatan pun, mereka akan menjawabƃā€šĆ‚Ā bahawa...

Pemandu, Kelindan Maut Langgar Belakang Treler

SEPANG – Pemandu dan kelindan lori tiga tan maut dalam kemalangan di kilometer 26.2 Lebuhraya Elite petang tadi.

Pemandu lori Zailan Tasar, 56, dan kelindannya Solehan Masron, 59, masing-masing dari Klang dan Pelabuhan Klang, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler jenis Scania, Mohd Zulhilmi Md Zainan, 29, tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abdul Aziz Ali berkata, ketika kemalangan kira-kira 3.00 petang itu Zailan yang memandu lori tiga tan melanggar belakang trelar yang tiba-tiba masuk ke lorong kecemasan untuk berhenti tanpa memberikan isyarat untuk berhenti.

“Difahamkan ketika kejadian itu, pemandu treler tidak memberikan lampu isyarat untuk berhenti sebaliknya hanya memberikan lampu kecemasan (double signal) menyebabkan Zailan yang mengekori treler tidak sempat brek dan melanggar belakang treler,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata kedua-dua mangsa yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia di tempat kejadian . Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.


Beliau berkata siasatan awam mendapati keadaan cuaca baik dan jalan kering.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori