KUCHING – Seorang pemandu lelaki maut selepas kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori di Jalan Sabal-Apang, Serian Sri Aman malam tadi.
Akibat kemalangan itu, Bernard Laura Pit, 28, yang memandu kereta jenis Proton Waja, tersepit di tempat duduknya sebelum dikeluarkan anggotàBomba dan Penyelamat.
Menurut jurucakap bomba, pemandu kereta itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan manakala pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.56 malam dan sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siminjan dihantar ke tempat kemalangan itu. – BERNAMA