Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Semua R&R Di LPT2...

KEMAMAN - Kerajaan Terengganu menjangkakan kesemua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang...

Malaysia Tak Akan Berdiam...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak akan berdiam diri ketika jenayah pemerdagangan manusia terus...

Demi Tuhan Aku Bersaksi...

KUALA LUMPUR - Syarikat produksi, Prokuya Studios yang menerbitkan telefilem, Demi Tuhan Aku...

Mat Razi Calon Dinamik...

TUMPAT - Pemimpin Umno Kelantan menyifatkan calon BN bagi PRK Pengkalan Kubor Mat...

Pembekal Daging Hidupan Liar Di Sabah Diburu

KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang giat memburu pihak yang terbabit dengan aktiviti perdagangan daging hidupan liar di negeri ini.

Timbalan pengarahnya, Augustine Tuuga berkata mereka telah menahan dua kumpulan pemburu pada minggu lepas sebagai sebahagian daripada usaha ini.

Beliau enggan memberikan butiran penangkapan tetapi berkata pemburu didapati telah menyimpan daging babi hutan, kijang, tenggiling dan musang.

“Kami sedang memburu pembekal daging-daging haiwan ini dan kami rasa ini adalah pendekatan terbaik dalam menangani masalah ini,” katanya dalam satu temubual, Selasa.

Beliau berkata, menahan pihak yang menjual daging hidupan liar di pasar atau pasar-pasar tamu di daerah-daerah pedalaman seperti Nabawan boleh membawa kepada situasi berbahaya untuk kakitangan penguatkuasaannya.

“Kebimbangannya ialah, keadaan boleh bertukar menjadi kecoh tiba-tiba apabila kakitangan kami merampas daging haiwan liar,” kata Augustine.


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, kakitangan jabatan telah diugut ketika menjalankan pemeriksaan di pasar tamu Nabawan.

November lalu dilaporkan bahawa ancaman sama telah dilakukan terhadap seorang aktivis pemuliharaan apabila beliau cuba mengambil gambar daging hidupan liar yang dijual di pasaran.

Pada Selasa, e-mel tanpa nama telah dihantar kepada media di sini mempertikaikan mengapa jabatan itu gagal mengambil sebarang tindakan terhadap jualan daging hidupan liar yang dijual secara berleluasa di Nabawan.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Wildlife Watchers Sabah juga menghantar foto-foto kepada pihak media mengenai penjualan daging haiwan liar di Nabawan baru-baru ini. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori