Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jururawat Menyusukan Bayi Ketika...

SHENZEN (China) - Tindakan seorang jururawat menyusukan bayi yang kelaparan ketika pembedahan di...

Peniaga Hasilkan Cendol Dari...

BUTTERWORTH – Cendol kebiasaannya diperbuat daripada tepung beras, namun seorang peniaga membuat kelainan...

ICJ Akan Putuskan Permohonan...

THE HAGUE - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), badan kehakiman tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Gengsterisme: Polis N.Sembilan Sentiasa...

SEREMBAN - Polis negeri ini sentiasa memantau pelajar sekolah yang terbabit dalam gengsterisme,...

Pembinaan Rumah PR1MA Di Teluk Intan Hadapi Kesulitan

TELUK INTAN – Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di kawasan Parlimen ini masih lagi dalam usaha pengambilan tanah berikutan lokasi tanah yang dicadangkan sebelum ini tidak mencukupi bagi cadangan membina 1,000 lot kediaman.

Anggota Parlimen Teluk Intan Datuk Seri Mah Siew Keong mengakui masalah pengambilan tanah masih lagi belum diselesaikan ekoran beberapa faktor termasuk perlu merancang sistem pembangunan sistematik dan holistik demi keselesaan rakyat.

“Sebelum ini kita sudah berjaya memperoleh tanah bagi membina rumah PR1MA di Teluk Intan, tetapi terdapat masalah dari segi keluasan tanah yang diambil.

“Saya bercadang untuk membina 1,000 buah rumah PR1MA di Teluk Intan, namun tanah yang diambil sebelum ini tidak mampu membina jumlah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Bayi Sihat yang disertai 200 bayi dari Hilir Perak di sini hari ini.

Berikutan itu, Mah terpaksa meminta kerajaan mencari semula tanah baharu yang lebih luas bagi membolehkan 1,000 unit rumah PR1MA dibina untuk penduduk Teluk Intan.

“Hasrat saya buat masa ini adalah untuk menyelesaikan masalah pengambilan tanah bagi pembinaan rumah tersebut dalam tahun ini juga supaya projek pembinaan dapat diteruskan.


“Apabila tanah sudah diambil kita akan mulakan projek pembinaan secara berperingkat melibatkan 1,000 unit rumah seperti yang dirancang,” katanya.

Menurut beliau, rancangan menjadikan Teluk Intan sebagai hub pendidikan dengan pembinaan beberapa institusi pengajian tinggi akan menggalakkan lagi penduduk Teluk Intan membeli rumah.

“Jadi dengan adanya rumah PR1MA ini golongan berpendapatan rendah dan sederhana dapat memiliki rumah sendiri di saat Teluk Intan membangun,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PR1MA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori