Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Doping: Chong Wei Menanti...

PERJALANAN masa menyaksikan 2014 telah pun berlalu bagi memberi ruang buat tahun 2015...

Keluarga Pengantin Perlu Sepakat...

KOTA BHARU - Keluarga pengantin lelaki dan perempuan yang mahu mendirikan rumah tangga...

Perak Laksana Sistem Moden...

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan melaksanakan sepenuhnya sistem penternakan babi secara moden menjelang...

UMNO Padang Terap Lulus...

KUALA NERANG : UMNO Bahagian Padang Terap meluluskan usul menyokong penuh Datuk Seri...

Pemergian Petrovski Kehilangan Amat Besar Buat MU

MELAKA – Pemergian mendiang Marco Stefan Petrovski, 18, yang merupakan antara watak penting dalam program pembangunan pemain muda Melaka United (MU) merupakan kehilangan yang amat besar buat skuad Sang Kancil.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Petrovski, pemain kacukan Malaysia-Australia, amat berpotensi menjadi penjaga gol utama MU juga liga bola sepak negara dan kehilangannya amat dirasai seluruh pemain serta pegawai pasukan.

Penjaga Gol Melaka United Meninggal Dunia

Idris yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United berkata persatuan itu, kerajaan negeri dan rakyat Melaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Petrovski.

“Laporan awal daripada doktor yang merawat (Petrovski) mengatakan (sebab kematian) kegagalan fungsi penting dalam badan Stefan (Petrovski), laporan yang memberi maklumat lengkap tentang kejadian ini akan disediakan.

“Pengurusan mayat (Petrovski), Melaka United akan main peranan sampai ke destinasinya seperti dimahukan ibu bapa Stefan iaitu ke Australia dan semadikannya di sana,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga Petrovski di Hospital Melaka di sini lewat malam tadi.

Bedah siasat mayat penjaga gol itu dilakukan di Hospital Melaka.


Petrovski yang tidak sedarkan diri hampir sebulan akibat dipanah petir pada 5 April lepas selepas menjalani latihan dengan pasukannya di Krubong di sini, meninggal dunia di Hospital Pakar Putra di sini kira-kira pukul 4 petang semalam.

Mendiang mewakili pasukan remaja Sydney Olympic FC di Australia sebelum menandatangani kontrak tiga tahun bersama Melaka United pada Januari lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori