Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MIC Sedang Kenal Pasti...

SEREMBAN - MIC Negeri Sembilan sedang mengenal pasti calon yang layak untuk bertanding...

PLUS Jamin Buka Ruang...

PETALING JAYA - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memberi jaminan akan terus memberi peluang...

3 Lelaki Sumbat Lembu...

KUANTAN - Cubaan tiga lelaki untuk mencuri seekor lembu di Kampung Pantai Sepat...

Jururawat Menyusukan Bayi Ketika...

SHENZEN (China) - Tindakan seorang jururawat menyusukan bayi yang kelaparan ketika pembedahan di...

AS Serang Guna Dron, Pemimpin Taliban Terbunuh?

WASHINGTON – Pemimpin Taliban, Mullah Mansour, dipercayai terbunuh dalam serangan dron yang dilancarkan tentera Amerika Syarikat pada Sabtu, kata Pentagon.

Setiausaha Akhbar Pentagon, Peter Cook, berkata serangan dilancarkan di wilayah terpencil sepanjang sempadan Afghanistan dan Pakistan.

Seorang pegawai Amerika berkata, Mansour dan seorang lagi anggota pergerakan itu yang mengiringinya dalam kenderaan dipercayai terbunuh. Beliau berkata, serangan itu mendapat kelulusan Presiden Barack Obama.

Cook berkata, Mansour terbabit secara aktif merancang serangan seluruh Afghanistan dan menggelar beliau sebagai penghalang kepada keamanan dan penyatuan antara Taliban dan kerajaan Afghanistan yang melarang tokoh atasan Taliban menyertai rundingan damai.

Anggota Kongres memuji kejayaan serangan itu.


Seorang ahli perundangan berkata, kematian Mansour, jika disahkan, menjadi tamparan hebat kepada Taliban, walaupun belum cukup membolehkan Amerika menarik diri daripada konflik yang sudah membabitkan ribuan tentera negara itu selama hampir 15 tahun. – AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori