Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dera Anak, Bapa Anak...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa lima anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini...

Leka Main Game Selama...

GARA-GARA leka bermain game selama lebih 20 jam di siber kafe, seorang lelaki...

Kutipan GST RM32.71 Bilion...

KUALA LUMPUR - Hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga 31 Oktober...

Kerja Sia-Sia Layan Pelawaan...

BERA - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpandangan adalah...

Pemuda Maut Motosikal Langgar Babi

HULU BESUT – Hasrat seorang pemuda mahu berkumpul bersama ahli keluarga tercapai namun dalam suasana berbeza kerana tidak sampai sejam sebelum majlis bermula dia terbabit kemalangan selepas motosikal ditunggangnya merempuh babi hutan di Kampung Pak Sik dekat Keruak, di sini.

Mohd Suhanizam Mat Yaakob, 24, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Besut pada jam 7.50 pagi Jumaat 11 jam selepas kemalangan berlaku iaitu pada jam 7.45 petang hari sebelumnya.

Abang mangsa, Mohd Nazri, 36, berkata, kejadian berlaku ketika adiknya dalam perjalanan pulang dari pekan Keruak ke rumahnya di Kampung Pak Sik.

Menurutnya, adiknya dipercayai terlanggar seekor babi hutan yang melintas jalan di situ menyebabkan motosikal ditunggangnya terbabas.

“Selepas kemalangan, dia koma dan selepas pemeriksaan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, mendapati dia mengalami pendarahan teruk di dalam kepala dan patah anggota badan.

“Doktor memberitahu dia tiada harapan lagi lalu kami setuju bawa dia balik ke Hospital Besut dan dia menghembuskan nafas tidak lama selepas dibawa balik,” katanya sambil memberitahu, kepala adiknya dipercayai terhantuk pada jalan raya akibat insiden itu.

Katanya, bagaimanapun babi tersebut tidak mati tetapi penemuan kuku babi hutan di tempat kejadian menguatkan dakwaan itu.


“Dia yang bekerja sebagai juru kimpal masih bujang dan tinggal bersama emak di kampung itu. Beberapa minit sebelum kejadian dia singgah mengambil motosikalnya yang ditinggalkan di rumah saya, sebab pagi tu dia pergi kerja memasang pintu jeriji di Kota Bharu, Kelantan,” katanya.

Menurutnya, adiknya juga menyatakan hasrat untuk bertemu semua adik beradiknya pada malam hari kejadian dengan mengadakan majlis BBQ secara sederhana di rumah ibunya.

Mohd Nazri berkata, dia mengetahui kejadian itu kira-kira 15 minit kemudian apabila dia yang menunggang motosikal ke rumah ibunya telah melihat orang ramai berada di tempat kejadian.

“Saya terkejut sebab mendapati mangsa kemalangan tu adik saya dan keadaan dia ketika itu koma sebelum membawanya ke hospital. Babi hutan memang sering melintas di kawasan itu dan pernah penduduk yang melanggarnya tetapi tidaklah seteruk ini,” katanya.

Ujarnya, jenazah adiknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keruak kira-kira jam 3 pagi, Jumaat lalu. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori