Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sanusi Mulakan Tugas Sebagai...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah baharu Muhammad Sanusi Md Nor memulakan tugas...

Remaja OKU, Muhammad Firdaus...

SEREMBAN - Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui dalam...

Lagi Bangkai Dugong Jantan...

JOHOR BAHRU - Seekor dugong jantan ditemui dalam keadaan sudah mati terdampar di...

Sasaran RM10,065 Pendapatan Sebulan...

 KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan sasaran...

Pemuda PAS Umum Gerakkan Jentera Siap Hadapi PRK

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengumumkan telah menggerakkan jentera partinya untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun nanti.

Semalam, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Sany Hamzan yang mewakili Pakatan Harapan turut mengumumkan Pemuda PAN telah menggerakkan seluruh jenteranya untuk pilihan raya terbabit.

“Jentera PAS sudah pun bergerak memulakan tugas di medan juang P067 Sungai Besar dan P093 Kuala Kangsar,” kata Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini.

“Pemuda PAN telah pun menggerakkan jentera dari seluruh negara untuk turun dan berjuang di dua gelanggang besar ini,” kata Sany semalam.

Pengumuman pemimpin kedua-dua parti itu secara tidak langsung mengesahkan akan berlaku pertandingan tiga penjuru diantara Barisan Nasional (BN), PAS dan PAN yang mewakili Pakatan Harapan dalam pilihan raya terbabit.


Kenyataan itu turut memperlihatkan kegagalan usaha Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam mempergunakan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memujuk PAS supaya tidak bertanding di salah satu kerusi berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori