Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penganjur, Pengunjung Parti Liar...

KUALA LUMPUR : Polis telah mengeluarkan kompaun bernilai RM1,565,000 terhadap penganjur dan pengunjung...

Balotelli Dakwa Diejek Sebagai...

BADAN bola sepak Perancis memberitahu AFP yang mereka akan menyiasat aduan penyerang Nice,...

Nak Tengok Showcase Siti...

SEBELUM ini kami ada menyiarkan tentang satu showcase Mother’s Day Miracle Night with Siti...

3 Lelaki Lindungi 58...

KOTA TINGGI: Seorang penyelia dan dua penjaga kilang ditahan kerana melindungi 58 pendatang...

Pendakwa Raya Mohon Peneroka Haram Israel Dihukum

BAITULMAQDIS – Pendakwa raya Israel hari ini memohon hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang lelaki Yahudi yang menjadi ketua samseng kerana dituduh memukul dan membakar hidup-hidup seorang remaja Palestin pada tahun 2014.

Pendakwa raya negeri, Uri Korb menuntut peneroka haram Israel, Yosef Haim Ben-David dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas pembunuhan Mohammed Abu Khdeir, serta penjara 20 tahun untuk penculikannya dan tambahan 15 tahun untuk jenayah lain, termasuk cubaan menculik seorang kanak-kanak.

“Ini adalah seorang lelaki jahat dan kejam yang tidak mewakili masyarakat bertamadun,” kata Korb dalam satu sebutan kes di mana Ben-David akan dijatuhi hukuman lewat hari ini.

Korb berkata, tindakan tertuduh memberi aib besar kepada masyarakat serta menghina nilai yang ada.


Beliau juga menggesa Ben-David membayar 228,000 shekels (RM239,031) kepada keluarga Abu Khdeir. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori