Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PM Ingatkan Rakyat Tidak...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar tidak...

Kelantan Perlu Buru Mata...

KELANTAN yang berada di ambang zon penyingkiran Liga Super 2017, perlu memburu mata...

Dari Penjual Pau Ke...

KUALA LUMPUR - Bermula dengan pengalaman menjual pau yang dihasilkan keluarganya di Tanjung...

Polis Miri Tahan 9...

MIRI - Polis menahan sembilan suspek kes perjudian dalam talian dalam serbuan di...

Air Sial Di Pakistan Tidak Seburuk Namanya

JIKA di Malaysia, perkataan sial bermaksud celaka dan merujuk ungkapan maki hamun sumpah seranah, namun lain pula halnya dengan usaha sebuah syarikat penerbangan swasta Pakistan iaitu Air Sial.

Ia sebenarnya baharu ditubuhkan di bawah seliaan Dewan Perniagaan dan Industri Sialkot (SCCI) bakal memulakan operasinya pada penghujung tahun ini.

Menurut penaung Air Sial dan Presiden SCCI, iaitu Fazal Jilani melalui pengumuman semasa mesyuarat SCCI bahawa mereka sedang dalam proses pendaftaran dan pemilihan logo rasmi syarikat penerbangan itu.

Penerbangan Air Sial Mulakan Operasi Hujung Tahun Ini

“Kami berharap bahawa Air Sial akan dapat memulakan operasinya pada akhir tahun ini selepas selesai proses pendaftaran.

“Logo rasmi syarikat penerbangan itu juga bakal diumumkan tidak lama lagi,” katanya kepada sebuah rangkaian televisyen Pakistan.

Malah menurut Jilani lagi, syarikat itu juga bercadang untuk melancarkan syarikat penerbangan sendiri memandangkan Komuniti Perniagaan Sialkot kerap melakukan penerbangan dalam dan luar negara.

“Kami telah berbincang untuk melancarkan syarikat penerbangan kami sendiri dalam tempoh jangka masa panjang oleh kerana kami kerap melakukan perjalanan ke dalam dan luar negara,” ujarnya.

Penerbangan Air Sial Mulakan Operasi Hujung Tahun Ini


Penerbangan Air Sial Mulakan Operasi Hujung Tahun Ini

Selain itu pihaknya juga akan sedaya upaya menyediakan kemudahan perjalanan yang lebih baik dan menawarkan penerbangan bertaraf lima bintang kepada pelanggannya.

Malah syarikat itu juga bercadang untuk membeli sebuah pesawat jenis Boeing 727-800 untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

Penerbangan Air Sial Mulakan Operasi Hujung Tahun Ini

Penerbangan Air Sial Mulakan Operasi Hujung Tahun Ini

Penerbangan Air Sial Mulakan Operasi Hujung Tahun Ini

Tambah Jilani lagi, usaha yang cuba dilakukan oleh pihaknya mendapat sambutan positif daripada orang ramai di media sosial terutama sekali penduduk negara itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori