Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Anwar Yakin Kerajaan Perpaduan...

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan bertahan sehingga tamat...

Situasi Banjir Di Pahang,...

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di beberapa kawasan di Johor dan Pahang tidak...

Calon PAS Tidur Dalam...

PORT DICKSON - Berbaki kurang 48 jam tempoh berkempen, calon PAS, Lt Kol...

Penyokong PKR Sengaja Provok...

HARI ini seramai 71,890 pemilih berdaftar di kawasan Parlimen 44, Permatang Pauh akan...

‘Pengantin Lelaki’ Baik Hati Agih Sarapan Percuma Di Kelantan

PENDUDUK yang menggunakan jalan raya di Jalan Kok Lanas- Machang, Kelantan dapat menikmati sarapan percuma diagihkan oleh ‘pengantin lelaki’ kepada 100 orang terawal, sejak Ahad lalu.

Pemuda berpakaian pengantin berkenaan sebenarnya adalah pemilik Butik D Rias Bridal Collection, Nor Hamidi Mohd Nadzir, 27, dan niatnya memberikan makanan percuma hanya untuk berkongsi rezeki yang diperolehnya.

Hamidi sebelum ini turut bersedekah di masjid dan menjamu jiran tetangga makan sekiranya memperoleh keuntungan lebih hasil perniagaan butik pengantin yang diusahakan.

Katanya, dia sewaktu pertama kali melakukan, agak kekok akibat berpakaian ala ‘raja sehari’ yang mana membuatkan orang ramai bertanya mengenai tujuan sebenar dia berbuat sedemikian.

“Hari pertama agihkan makanan ini, agak susah juga kerana saya berbaju Melayu ala pengantin dan lengkap bertanjak serta keris menyebabkan orang pelik dan takut berhenti.

“Namun selepas diterangkan niat saya, mereka faham dan beri sokongan,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

b1

b3

b6

Hamidi mengenakan baju pengantin pelbagai warna dengan merah jambu pada hari pertama, diikuti hijau zamrud dan merah pada hari ini ketika mengagihkan makanan di tepi jalan berhampiran butiknya.

Lebih istimewa, dia sempat selfie dengan orang ramai yang menerima sarapan daripadanya dan kemudian gambar itu dimuat naik ke Facebook butik pengantinnya.


b7

b8

b9

Hamidi berkata dia membelanjakan RM3,500 untuk makanan percuma pelbagai menu mengikut hari iaitu mihun goreng, nasi goreng dan nasi daging kicap.

“Semuanya dimasak istimewa oleh ibu saya, Rokiah Idris. Saya sediakan 120 bungkus makanan sehari yang diagih bersama air mineral,” katanya.

Katanya, tindakannya bukan untuk menunjuk-nunjuk mahupun mencari populari sebaliknya berkongsi rezeki sesama manusia yang mana aksinya itu telah menjadi viral di laman sosial sejak dimuat naik sejak tiga hari lalu.

Agihan sarapan percuma itu akan berlangsung seminggu hingga Khamis ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori