Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guru KAFA Dijamin Tak...

PASIR PUTEH - Perkhidmatan guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) tidak...

Kes Pengawal Tembak 5...

GEORGE TOWN - Kes pengawal peribadi yang didakwa atas lima pertuduhan cubaan membunuh...

3 Penjenayah Geng Samun...

BATU CAVES - Tiga penjenayah yang disyaki aktif melakukan samun ke atas pelanggan...

Peragut Dibelasah Orang Ramai

KUALA LANGAT - Seorang peragut bukan setakat berputih mata malah terpaksa menanggung ‘azab...

Pengundian Awal Pilihan Raya Sarawak Bermula 8 Pagi

KUCHING – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) bermula pukul 8 pagi.

Terdapat sejumlah 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan masing-masing boleh mengundi di 79 pusat pengundian.

Sebanyak 33 pusat pengundian akan ditutup pada 2 petang dan selebihnya 46 pusat lagi akan ditutup 5 petang, berdasarkan kepada bilangan pengundi di pusat-pusat berkenaan.

Kertas undi bagi pengundi awal hanya akan dikira mulai pukul 4 petang pada hari pengundian biasa (7 Mei) yang dilaksanakan secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Menurut senarai SPR, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan mempunyai jumlah pengundi awal paling ramai iaitu 7,055 orang, diikuti Bukit Sentosa (3,163 pengundi), Nangka (3,043), Batu Kawah (1,241) dan Sri Aman (1,075).

Bagaimanapun, jumlah pemilih itu tidak melibatkan 418 pengundi awal di dua kawasan DUN – Bukit Kota dan Bukit Sari, berikutan kemenangan tanpa bertanding BN di kedua-dua kerusi itu pada hari penamaan calon, 25 April lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori