KUCHING – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11) selesai pukul 5 petang ini.
Terdapat sejumlah 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan mereka yang mengundi di 79 pusat pengundian.
Sebanyak 33 pusat pengundian ditutup pada 2 petang dan selebihnya 46 pusat ditutup 5 petang, berdasarkan kepada bilangan pengundi di pusat-pusat berkenaan.
Setakat 4 petang, 71 peratus pengundi telah melaksanakan kewajipan masing-masing.
Kertas undi bagi pengundi awal hanya akan dikira mulai pukul 4 petang pada hari pengundian biasa (7 Mei) yang dilaksanakan secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).- BERNAMA